
Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa adalah suatu unit badan beruniform yang ditubuhkan di SMK Gedangsa dan telah didaftarkan penubuhannya. Kadet Polis SMK Gedangsa mempunyai seramai lebih kurang 112 ahli dan dibimbing oleh seorang ASP Kadet dan empat (4) Inspektor Kadet.
Khamis, 15 April 2010
Kursus Asas Menembak Tahun 2010

Selasa, 13 April 2010
Perkhemahan Kor Kadet Polis Hulu Selangor 2010
Ampang Pecah - Seramai 12 orang anggota kadet polis SMK Gedangsa telah menyertai Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Hulu Selangor Tahun 2010. Seramai 8 orang anggota kadet telah berjaya dipilih untuk mewakili daerah Kontinjen Hulu Selangor dalam Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor. Perkhemahan peringkat daerah ini diadakan pada 10 - 12 April 2010 bertempat di Satdium Milenium, Ampang Pecah.
Perkhemahan Kor Kadet Polis Negeri Selangor 2009
Platun Hulu Selangor sedang bersiap sedia untuk dipanggil dalam pertandingan kawad kaki di Kem Jugra, Banting Selangor. Platun ini juga diwakili oleh Sarjan Kadet Mohd Suhaimi Bin Abd Wahid dari SMK Gedangsa. Beliau merupakan satu-satunya wakil anggota kadet dari SMK Gedangsa untuk perkhemahan peringkat negeri pada tahun 2009. Tahniah!!!
Langgan:
Catatan (Atom)