KADET POLIS SMK GEDANGSA
Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa adalah suatu unit badan beruniform yang ditubuhkan di SMK Gedangsa dan telah didaftarkan penubuhannya. Kadet Polis SMK Gedangsa mempunyai seramai lebih kurang 112 ahli dan dibimbing oleh seorang ASP Kadet dan empat (4) Inspektor Kadet.
Selasa, 22 Februari 2011
KURSUS KAWAD KAKI INTENSIF KETUA PLATUN DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2011
Kuala Kubu Bharu - 16 & 17 Feb 2011. Seramai 12 orang anggota kadet polis SMK Gedangsa telah menyertai KURSUS KAWAD KAKI INTENSIF KETUA PLATUN KOR KADET POLIS DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2011 yang di adakan di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu. Semasa kursus ini berlangsung, pemilihan pasukan elit kawad kaki daerah turut diadakan. Selain itu, pemilihan Sub Inspektor, Sarjan Major dan Sarjan platun daerah juga dijalankan. Dua orang anggota kadet polis dari SMKG telah berjaya dipilih untuk memasuki pasukan elit kawad kaki daerah ini. Mereka ialah, Saudara Mohd Faizal Bin Razeman dan saudari Puteri Norsaadah Binti Md Sharif. Turut membanggakan juga warga SMKG adalah kerana Kadet Puteri Norsaadah telah dipilih sebagai Sarjan Major Kor Kadet Polis Daerah Hulu Selangor.
Ahad, 25 Julai 2010
Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet
Kuala Kubu Bharu - Seramai 3 orang Pegawai Kadet Polis dari SMK Gedangsa telah ditauliahkan sebagai pemimpin platun kor kadet polis. Pegawai tersebut ialah ASP Kadet Shoib Bin Saddin, selaku pemimpin kor kadet zon utara; Inspektor Kadet Diwi Sajaratudur Binti Lahuri dan Inspektor Kadet Abdul Hasli Bin Abdullah. Majlis pentauliahan pegawai-pegawai kadet dirasmikan oleh Ketua Polis IPD Hulu Selangor. Majlis Pentauliahan diadakan di dewan Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu pada 14 Julai 2010.
Khamis, 15 April 2010
Kursus Asas Menembak Tahun 2010
Kuala Kubu Bharu - Seramai 31 anggota kadet polis SMK Gedangsa telah terlibat dalam kursus asas menembak tahunan di padang tembak IPD Kuala Kubu Bharu. Disamping itu juga, pemilihan peserta wakil menembak daerah juga dilakukan. Seramai 3 orang peserta telah berjaya mendapat tempat untuk mewakili daerah hulu selangor ke peringkat negeri nanti. Peserta tersebut ialah kadet Muhammad Imam Wiwin Akma Bin Adie, Amirul Fahmi Bin Muzani dan Muhammad Faizal Bin Razeman.
Selasa, 13 April 2010
Perkhemahan Kor Kadet Polis Hulu Selangor 2010
Ampang Pecah - Seramai 12 orang anggota kadet polis SMK Gedangsa telah menyertai Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Hulu Selangor Tahun 2010. Seramai 8 orang anggota kadet telah berjaya dipilih untuk mewakili daerah Kontinjen Hulu Selangor dalam Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor. Perkhemahan peringkat daerah ini diadakan pada 10 - 12 April 2010 bertempat di Satdium Milenium, Ampang Pecah.
Perkhemahan Kor Kadet Polis Negeri Selangor 2009
Tuan Hasli, Inspektor Kadet bersama-sama dengan pasukan sharp shooter kadet polis hulu selangor di lapang sasar kuala kubu bharu untuk pertandingan menembak.
Platun Hulu Selangor sedang bersiap sedia untuk dipanggil dalam pertandingan kawad kaki di Kem Jugra, Banting Selangor. Platun ini juga diwakili oleh Sarjan Kadet Mohd Suhaimi Bin Abd Wahid dari SMK Gedangsa. Beliau merupakan satu-satunya wakil anggota kadet dari SMK Gedangsa untuk perkhemahan peringkat negeri pada tahun 2009. Tahniah!!!
Platun Hulu Selangor sedang bersiap sedia untuk dipanggil dalam pertandingan kawad kaki di Kem Jugra, Banting Selangor. Platun ini juga diwakili oleh Sarjan Kadet Mohd Suhaimi Bin Abd Wahid dari SMK Gedangsa. Beliau merupakan satu-satunya wakil anggota kadet dari SMK Gedangsa untuk perkhemahan peringkat negeri pada tahun 2009. Tahniah!!!
Langgan:
Catatan (Atom)